Tuesday, 11 December 2012

Kata Tanya

Click here for more graphics and gifs!
 
 

KATA TANYA

Digunakan untuk menanyakan sesuatu. Hendaklah disertai kata penegas atau partikel -kahjika berada pada awal ayat.





 


Apa


Untuk menanyakan nama , benda , tempat dan binatang .



Contoh ayat : Apa yang meletup dengan bunyi yang kuat itu tadi ?





 

Bagaimana


Untuk menanyakan keadaan .




Contoh ayat : Bagaimana kemalangan itu berlaku ?






 

Berapa





Untuk menanyakan harga atau bilangan .

Contoh ayat : Berapa harga baju itu ?






 

Bila


Untuk menanyakan masa




Contoh ayat : Bila ayah kamu pergi ke China ?






 

Mengapa / kenapa

Untuk menanyakan sebab



Contoh ayat : Mengapa kamu berada di bilik mesyuarat ini ?








Mana






Untuk menanyakan tempat

Contoh ayat : Di mana kamu membeli baju ini ?







Siapa







Untuk menanyakan nama orang

Contoh ayat : Siapa yang mengambil buku saya ?



 




Wednesday, 5 December 2012

Latihan Kata Arah

                                                                                           Back

Latihan Kata Arah

Lengkapkan ayat di bawah dengan kata arah yang betul.

utaratengahbawahbelakangsamping
atasluarsudutsisidalam

1. Si Tompok tidur di ______ meja .

2. Perempuan yang berada di ______ ibu saya ialah Puan Aida .

3. Adik merajuk lalu menyorok di ______ pintu .


4. Puan Munah melarang cucunya bermain di ______ panas .

5. Encik Othman ditukarkan ke ______ oleh majikannya .

6. Siti meletakkan perabot lamanya di ______ rumah .

7. Pemuda yang jatuh dari ______ pokok itu cedera parah .

8. Emak meletakkan pasu bunga itu di ______ dinding rumah .

9. Ali berdiri di ______ ibunya .

10. Di ______ plastik itu ada lima biji buah epal .



Thursday, 29 November 2012

Jawapan Kata Arah

                                                  Back
Jawapan (Kata Arah)

1.  atas
2.  samping
3.  belakang
4.  tengah
5.  utara
6.  luar
7.  atas
8.  tepi
9.  sisi
10.  dalam